Sunday, June 26, 2022

Kolaborasi JKKK, KRT & Belia Petanak meriahkan sambutan Natal dan Tahun Baharu 2020

Secara Rawak

MUKAH: Gabungan tiga jawatankuasa berkolaborasi mengadakan Program Riang Ria Natal Dan Sambutan Tahun Baharu 2020 di Kampung Petanak Mukah pada 29 Disember 2019 hingga subuh 1 Januari 2020 di Dewan Masyarakat Petanak, Skim Pembesaran Kampung Petanak Mukah.

Membuka tirai program, Belia Petanak menganjurkan Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Tertutup Petanak. Sebanyak 11 pasukan yang mengambil bahagian pada tahun ini. Keunikkan pertandingan ini ialah semua pemain tidak dibenarkan menggunakan alas kaki untuk bermain, iaitu wajib berkaki ayam sahaja. Pertandingan ini akan dianjurkan pada 29 dan 30 Disember 2019.

Pada pagi 31 Disember pula, pelbagai acara dan program telah dirancang seperti Sukaneka, Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-kanak dan Warga Emas, Pertandingan Beyblade dan Berambeh Keman Dagen Lau.

Manakala, pada sebelah petang pula diadakan Pertandingan Bolasepak Wanita dan Pertandingan Tarik Tali Campuran.

Meneruskan kemeriahan program tersebut, Pentas Ria diadakan pada sebelah malam. Acara Pertandingan Fesyen Kanak-kanak dan Pakaian Beragam turut diadakan.

Acara kemuncak program tersebut ialah “Bah Bertandak Telo” iaitu Acara Bergendang Ambang Tahun Baharu 2020 akan diteruskan sehingga subuh 1 Januari 2020.

Menurut Pengerusi Pengelola Program Riang Ria Natal Dan Sambutan Tahun Baharu 2020, Wahid Hj Udin objektif program ini ialah bagi memeriahkan perayaan Natal disamping ianya diharapkan memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan mengeratkan persaudaraan di kalangan penduduk setempat dan masyarakat sekitarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru