Tuesday, September 27, 2022

Amanah bertanding di 13 kerusi dalam PRN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak diramalkan oleh banyak pihak diadakan suku kedua tahun depan.

Seperti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Parti Amanah Negara (Amanah) Sarawak sudah lama merangka gerak kerja dan bersiap sedia sepenuhnya menghadapi PRN-12 yang dijangka paling sengit diadakan kali ini.

PRN-12 dijangka disertai parti tempatan yang banyak diwujudkan ketika ini, serta penyertaan calon bebas.

Timbalan Pengerusi Amanah Sarawak Hud Andri Zulkarnaen dalam kenyataan media pada Ahad berkata, Amanah Sarawak dalam konvensyen yang diadakan Disember lalu mengusul mengekalkan serta mempertahankan 13 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN-11 lepas.

Justeru, menurut Hud, Amanah Sarawak juga belum sedia atau bercadang melepaskan mana-mana kerusi kepada parti Komponen melainkan menukar kerusi dengan kerusi yang lain.

Hud berkata, bagaimanapun, Amanah Sarawak tetap berkonsesus dalam membuat keputusan atas semangat dan setiakawan PH.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru