Friday, August 12, 2022

Ahli Parlimen ditampil sebagai calon dalam PRN Sarawak?

Secara Rawak

SERIAN: Tidak ada masalah bagi Anggota Parlimen GPS untuk bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

Bagi Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, terpulang kepada anggota parti komponen GPS berbuat demikian jika ia dapat menjamin kemenangan.

“Yang penting, calon yang ditampilkan dapat menang,” katanya di sini semalam.

Katanya, tidak terdapat undang-undang yang boleh menghalang Anggota Parlimen berbuat demikian.

Namun kata Abdul Karim, mereka terbabit tidak harus bertanding dalam PRU akan datang jika menang dalam PRN nanti kerana mereka tidak patut memegang dua jawatan serentak.

PRN-12 dijangka diadakan sama ada suku keempat 2020 atau suku pertama 2021.

“Jika rakyat mahu mereka bertanding, mengapa tidak? Tidak ada salah tetapi ada kemungkinan mereka tidak akan dicalonkan dalam pilihan raya negeri,” katanya lagi.

“Mungkin Anggota Parlimen berpendapat lebih baik berkhidmat di kawasan DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media tentang spekulasi bahawa akan ada pemimipin kanan PBB dan PDP yang kini menjadi Anggota Parlime akan bertanding dalam PRN nanti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru