KABONG: Kejohanan Tarik Tali Piala Ali Biju menghangatkan suasana hujung tahun di sini hari ini.

Kejohanan julung kalinya dijenamakan sebagai Piala Ali Biju itu menyaksikan tujuh pasukan memburu kejuaraan berlokasi di Dataran Permata Kabong.

Untuk kategori lelaki persaingan membabitkan Pasukan X Jerak Gerigat, Black Bull Landas Alit, Walit 1, Cili Padi II, Dom Legacy dan Lap Lap Puu Kaba.

Kategori perempuan pula menyaksikan tiga pasukan bertarung memburu kejuaraan. Pasukan terbabit ialah Sehati Sejiwa, Duri-Duri Sawit dan Wanita Kaba.

JADI REBUTAN… Piala YB Ali Biju…

Kejohanan bermula jam 10 pagi tadi dan dilangsungkan secara liga.

Perlawanan akhir dan majlis penutupan akan berlangsung esok 28 Disember. Difahamkan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju akan hadir merasmikan penangguhan kejohanan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Jurucakap Kejohanan, Darmizan Daud memberitahu kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM800 untuk juara, RM600 untuk naib juara, RM400 tempat ketiga dan RM200 untuk tempat keempat. Kesemua pasukan akan menerima piala dan medal kejohanan kecuali tempat keempat hanya menerima hadiah wang tunai.

“Untuk kategori wanita juara akan membawa pulang RM500 beserta piala dan medal, Naib juara RM400 beserta piala dan medal,tempat ketiga RM300 beserta piala dan medal dan RM200 untuk pemenang tempat keempat.

Kategori wanita…..