Sunday, September 25, 2022

Projek naik taraf jalan untuk kemudahan penduduk lima kampung

Secara Rawak

KUCHING: Projek naik taraf jalan kebun Kampung Beradek Semilang akan hubungkan lima kampung di kawasan tersebut.

Pelaksanaan projek tersebut adalah untuk penuhi permintaan penduduk kampung.

Menurut Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, lima kampung yang terlibat adalah Kampung Semilang, Kampung Beradek, Kampung Tiang Api, Kampung Sg Pinang, dan Kampung Tanju’.

“Jalan sepanjang 17 km ini adalah di dalam kawasan kampung, di mana ia akan menghubungkan lima buah kampung. Dan apabila ia siap, kami mempunyai perancangan untuk membuat jalan penghubung sepanjang 6 km yang akan menghubungkan ke Tanjung Bako” beliau berkata demikian di dalam sidang media selepas taklimat projek menaik taraf jalan kebun Beradek Semilang di pejabat JKR Kuching di sini semalam.

Katanya lagi, projek tersebut dijangka siap dalam masa 18 bulan iaitu pada awal tahun 2022.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru