Saturday, October 8, 2022

Acara unik di Dalat satukan masyarakat

Secara Rawak

DALAT: Program Year End Community Gathering 2019 anjuran KRT/JKKK Kampung Seberang Dalat bertemakan Perpaduan bagi mengeratkan silaturrahim dan saling hormat-menghormati dalam kalangan penduduk setempat.

Majlis dirasmikan oleh Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap ADUN N.56 Dalat.

“Ini adalah satu keistimewaan yang unik di Negeri Sarawak terutamanya di N.56 Dalat ini dimana satu persefahaman yang sangat baik, hormat-menghormati, tidak kira fahaman dan perbezaan agama” kata Fatimah.

Beliau menambah supaya budaya ini harus diteruskan dan dikekalkan dengan semangat yang penuh harmoni.

Antara aktiviti yang diadakan pada majlis tersebut ialah cabutan bertuah, meneka biji betik, meneka biji gula getah, meneka berat terung asam dan meneka jumlah biskut.

Majlis turut menyaksikan persembahan lagu krismas oleh Kumpulan Caroling Kampung Seberang, persembahan tarian oleh Kumpulan Warisan Seni Tari dan Penyampaian hadiah krismas kepada kanak-kanak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru