KUCHING: Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) telah diperkenalkan sejak pelaksanaan Sistem Saraan Baru pada 1 Januari 1992 dan melibatkan sekurang-kurangnya lebih 35 skim perkhidmatan seperti jurutera, jururawat dan pegawai perubatan. 

Menurut Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS yakin kajian setiap lima tahun terhadap BIPK akan mendapati tahap kritikal bagi beberapa skim tidak berubah terutama dalam sektor kesihatan awam. Mereka terdedah dengan keadaan persekitaran yang berisiko dan pasaran buruh yang sangat tenat.

Sebelum ini, Malaysian Medical Association juga telah memaklumkan bahawa para doktor dan jururawat di hospital serta klinik kerajaan berisiko ‘burnout’ disebabkan tekanan kerja dan kekurangan staf. 

“Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan juga bercadang untuk membekukan pengambilan staf baharu. Kitaran ini akan terus memangsakan penjawat awam yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan pada hari ini,” katanya dala