LAS VEGAS: Seminggu lalu, video membabitkan beberapa ekor merpati tular di media sosial.

Video itu menunjukkan beberapa ekor burung memakai topi di kepala.

Biarpun rupa mereka agak lucu, namun ada juga yang berpendapat ia penganiayaan terhadap haiwan.

Burung tersebut dinamakan Cluck Norris dan Coolamity Jane oleh ramai netizen dan mereka meminta agar topi tersebut dibuka dari kepala burung merpati berkenaan.

Sebuah pertubuhan perlindungan haiwan Lofty Hopes menjalankan kewajipan mengambil inisiatif menyelamatkan burung ini.

Burung merpati ini berjaya ditangkap membolehkan topi itu dibuang dari kepala mereka.

Ahli pasukan pertubuhan itu memberitahu mereka menangkap seekor lagi burung merpati yang dinamakan Billie the Pidge.

Topi kecil dikatakan dilekat pada kepala merpati berkenaan dengan gam.

Setakat ini topi di kepala Billie dan Cluck Norris berjaya dibuka.