KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di Malaysia yang akan menyambut perayaan itu pada hari ini.

“Kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia, warganegara dan bukan warganegara, saya dan isteri, mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam video pendek yang dimuat naik di laman Facebook rasminya yang menunjukkan beliau menandatangani kad ucapan Hari Krismas di pejabatnya.

Masyarakat pelbagai kaum mengunjungi kaum keluarga dan sahabat handai mereka yang beragama Kristian dengan hari ini diisytiharkan cuti umum di negara ini.