BEIJING: Baru-baru ini lelaki yang dikenali sebagai Zhao menemani rakannya ke sebuah kedai menjual kereta Audi.

Dia membawa bersama-samanya isteri serta anak kecil mereka berusia 3 tahun.

Ketika mereka tekun melihat beberapa kereta serta mendengar taklimat jurujual, mereka meninggalkan anak mereka yang berusia 3 tahun itu bermain sendirian.

Ekoran bosan akibat tidak dilayan, kanak-kanak itu bertindak mencalar 10 kereta mewah di kedai tersebut. Dia mengambil sebiji batu dan menggores 10 kereta Audi termasuk Audi Q8 yang dianggarkan bernilai 1 juta RMB (AS$142,000).

Pihak pengurusan kedai menyaman Zhao pada mulanya dengan harga 200,000 RMB.

Namun Zhao membantah dan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju Zhao membayar ganti rugi 70,000 RMB (AS$10,000).