Pernahkah anda terfikir ada lelaki yang mempunyai hubungan sulit  dengan lebih seratus kekasih gelap?

Tetapi itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki di China.

Bekas pengerusi syarikat pengurusan aset itu, yang telah ditahan atas  tuduhan rasuah, mempunyai lebih seratus orang gundik.

Ini mungkin satu rekod meskipun tidak mungkin dapat melawan maharaja China zaman dulu yang dikatakan mempunyai lebih seribu gundik.

Kisah Lai Xiaomin berusia 57 tahun yang melimpahkan bekas isteri-isternya dan juga bekas kekasihnya dengan hartanah dan menempatkan mereka di satu kawasan perumahan di bandar raya Zhuhai telah tular di media sosial, lapor China Pres seperti dipetik The Star hari ini.

Ahli perniagaan itu juga didakwa memberi jawatan seperti pengurus, eksekutif dan pengarah dalam syarikat-syarikat yang dimilikinya.

Tetapi panas tidak sampai ke petang, kerana hujan turun pada tengah hari.

Lai ditahan pihak berkuasa pada April. Pihak berkuasa mendapati terdapat seratus hartanah di bawah namanya, dan RM150 juta (270 juta yuan) tunai, beratnya tiga tan disimpan di dalam rumahnya.

Siasatan juga mendapati ibunya turut menerima rasuah sehingga RM177 juta dan aset hasil rasuah yang dimiliki lelaki itu dianggarkan sekitar RM1.18 bilion.

Lai  telah dipecat daripada Parti Komunis Cina yang dianggotainya dari 2013 hingga 2018.

Gambar hiasan