JAKARTA: Menjelang Krismas, sebanyak 180, 276 kenderaan meninggalkan Jakarta menuju arah timur, barat, dan selatan pada Jumaat.

Lalu lintas pun masih lancar meski ada kepadatan di jalan layang Jakarta-Cikampek, lapor CNN Indonesia.

“Angka itu naik sebanyak 17.24 peratus dari lalu lintas harian (LHR) normal sebanyak 153,766 kenderaan,” kata Corporate Communication & Community Development Group Head PT Jasa Marga (Persero) Tbk, Dwimawan Heru, Sabtu dikutip daripada Antara.

Ia menambahkan bahawa jumlah arus lalu lintas pada H-5 Natal 2019 baru mencapai 20 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dijangka Jasa Marga untuk arus lalu lintas menuju ketiga-tiga arah tersebut.

Jasa Marga sendiri menjangkakan akan terdapat 913,137 kenderaan terhitung sejak H-4 sampai H-1 Krismas.