PORTO VELHO: Seorang wanita berusia 60 tahun sudah tiga kali gagal ujian memandu. Gara-gara kasihan dengan ibunya, anaknya Heitor Schiave, 43, bertindak menyamar jadi ibunya.

Heitor sanggup menyamar menjadi perempuan semata-mata untuk merealisasikan impian ibunya.

Selain mengenakan pakaian wanita, dia turut menghias wajah dan mewarnakan kukunya.

Rambutnya juga didandan cantik.

Malah dia hampir-hampir berjaya menipu pegawai yang mengujinya.

Namun semuanya sia-sia apabila pegawai itu tiba-iba meminta kad pengenalannya. Pegawai tersebut dikatakan hairan kerana wanita itu mempunyai tangan yang besar dan suaranya juga garau.

Aline Mendonça, pegawai yang bertanggungjawab mengujinya memberitahu dia mula sedar Heitor ialah lelaki sebaik sahaja dia masuk kereta.

Bagi mengukuhkan rasa curiganya, dia meminta kad pengenalan Heitor. Aline menghubungi polis dan Hector ditahan atas tuduhan menyamar.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin.

Anak lelaki menyamar jadi ibu untuk lulus ujian memandu.