MIRI: Syarikat swasta yang mempunyai kemampuan dan kepakaran disaran menjadi syarikat tunjang bagi memasarkan produk pertanian yang diusahakan  warga tani di negeri.

Menteri Muda Pertanian, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bagi menggalakkan sektor pertanian, Kerajaan Sarawak telah menyediakan insentif seperti  modal usaha sama bagi membantu syarikat terbabit. 

Jelas beliau, setakat ini terdapat 15 buah syarikat swasta telah mendaftar untuk menjadi  syarikat tunjang di seluruh negeri ini. 

Dr Abdul Rahman berkata demikian semasa melakukan lawatan kerja ke beberapa tapak projek pertanian di sekitar Miri, pada Rabu.

Sementara itu, beliau berharap lebih banyak syarikat-syarikat swasta mendaftar untuk menjadi syarikat tunjang di Sarawak.

Katanya, kepesatan industri pertanian di negeri ini akan membawa keuntungan yang besar  pada masa depan.

Antara lokasi yang sempat beliau kunjungi ialah Deeno Farm Sendirian Berhad, Dedward Aqua Farm dan Totara Aquaculture, Luak Bay, Miri.