KHORGAS: Seakan-akan terdapat tiga matahari di langit barat China. Daily Mail menyiarkan berita ini berserta bukti fotonya.

Namun, akhbar itu memperjelaskan bahawa penduduk kota Khorgas di China itu hanyalah menyaksikan ilusi optik hasil fenomena alam yang dikenal sebagai “sun dog”.

Fenomena sun dog dikatakan terjadi ketika sinar matahari melalui ais kristal, ketika kristal tersebut melayang di udara.

Rakaman fenomena menakjubkan itu dikongsi di media sosial.