Terkejut banknya tiba-tiba ada wang RM153 juta

Akaun banknya tiba-tiba dipenuhi wang AS$37 juta (RM153 juta).

Ruth Balloon menyemak baki akaun banknya sebaik sahaja selesai bekerja.

Mendapati wang sebanyak itu di dalam akaun banknya dia sangat berharap seseorang menghadiahkan wang berkenaan kepadanya.

Namun, tidak senang dengan hal itu, dia segera menyemak dengan pihak bank yang memberitahunya wang tersebut tersilap pindah.

Ballon mengembalikan semula wang tersebut kepada pihak bank.