CALIFORNIA: Ribuan spesies cacing dikenali sebagai “penis fish” terdampar di pantai California selepas berlaku badai.

Memetik Daily Mail, ribuan penis fish itu hanyut ke pantai Drakes Beach, California.

Ahli biologi Ivan Parr merakam foto berkaitan penis fish yang terdampar 6 Disember lepas.

Badai yang berlaku dipercayai memaksa cacing bersaiz 10 inci panjang berwarna merah itu keluar dari habibat mereka.

Penis fish sering membuat lubang berbentuk U di lumpur atau pasir dan lubangnya didiami makhluk lain.

Cacing berbentuk spatula digunakannya untuk makan dan berenang, menghabiskan hidupnya di bahagian berlumpur bawah tanah dan berpasir di dasar laut.

Ia mampu hidup sehingga 25 tahun dengan memakan bakteria, plankton dan partikel kecil lainnya.