BAU: Lebih 4,000 menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bazar Krokong pada pagi ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hadir untuk merasmikan program tersebut.

Dalam masa yang sama, Abang Johari turut merasmikan pelancaran Program Jerayawara Gabungan Parti Sarawak (GPS), Buku ‘Blue Print’ yang pertama untuk Daerah Bau dan Penyerahan Geran Tanah Seksyen 18.

Bagi Pelancaran Buku ‘Blue Print’ iaitu Pelan Utama Daerah Bau meliputi perancang pembangunan di Bau selaras dengan impian Sarawak menjadi Negeri maju menjelang 2030.

Pada jam 8.30 pagi tadi, berlangsung tiga ceramah bertajuk yang berkaitan dengan Tanah Adat NCR, Kenapa Kita Pilih GPS dan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Abang Johari turut menyerahkan sebanyak 579 surat hak milik tanah adat (NCR) sekysen 18 kepada penerima.