CHONGQING: Gelagat seekor cimpanzi di sebuah zoo di Chongqing yang mencuci pakaian menggunakan berus dan sabun mendapat perhatian ramai di kawasan itu.

Video yang menunjukkan haiwan itu merayau-rayau berdekatan kolam cetek dan kelihatan seperti mencari sesuatu.

Apabila ternampak pakaian, berus dan sabun di tepi kolam itu dia mengambilnya dan meniru cara penjaga zoo tersebut mencuci pakaian.

Kisahnya bermula apabila Xu, penjaga zoo di Zoo Leheledu, menyedari salah seekor primat itu asyik memerhatinya mencuci pakaian.

Dia kemudian mengambil keputusan meninggalkan sehelai kemeja -T, berus dan sabun di tepi kolam itu untuk melihat apakah tindakan haiwan itu seterusnya.

Saya tidak pernah mengajarnya cara membasuh pakaian, tetapi ia memerhati perbuatan saya dengan penuh konsentrasi, sebab itu saya menyangka ia belajar cara-cara untuk mencuci pakaian.

Dalam pada itu ketika ia asyik mencuci pakaian terbabit, seekor rakannya duduk di atas rangka besi sambil memerhati gelagat rakanya dengan penuh santai.

Video ini menjadi tular dan ditonton lebih 4 juta orang.