KOTA SAMARAHAN: Satu seminar akan diadakan pada 18 dan 19 Disember ini di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sarawak.

Seminar ‘Ansoc: Antropologi Sosiologi 2019’ itu akan menampilkan dua orang penceramah.

Mereka ialah Dr Paul Porodong, yang akan memperkatakan tajuk ‘Adakah kita perlukan Antropologi?

Dr Paul, bekas pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang kini Pengarah Urusan SocioEco Research and Cosultancy Sdn Bhd yang berpangkalan di Kota Kinabalu akan mengongsikan pengalaman antropologi beliau bertugas di luar bidang akademik.

Beliau akan mengongsikan peluang pekerjaan yang dapat diterokai dalam bidang antropologi.

Seorang lagi penceramah ialah Dr Dave Lumenta dari Jabatan Antropologi, Universitas Indonesia.

Tajuk pembicaraan beliau ialah “Sarawak in Dutch Colonial Archives.”

Ceramah akan diadakan di Bilik Persidangan FSSK dari jam 2 hingga 4 petang.