BINTULU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) diseru memahami segala isi kandungan Kanun Tanah Seksyen 5, 6A, 18 dan 28 untuk mengelak sebarang kekeliruan.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, hal ini penting untuk KMKK menyampai maklumat serta penerangan berhubung kanun tanah tanpa sebarang masalah.

“Di kawasan Kemena terdapat 8 surat pemilikan telah dikeluarkan menggunakan Seksyen 6 dan pemilik dinasihatkan supaya segera menyelesaikan pembahagian individu untuk proses seterusnya memohon penyukatan Seksyen 18,” kata Rundi pada Majlis Penyerahan Anak Benih Durian Mou’sang King di sini, Selasa.

Sementara itu, Rundi turut meminta setiap tuai rumah untuk memenuhi syarat proses pelantikan baharu.

Setakat ini, kata Rundi, 19 pemohonan pelantikan baharu tuai rumah telah dihantar untuk pengeluaran sijil pelantikan.