BINTULU: Sebanyak 40,000 anak benih durian Mou’sang King akan diserahkan kepada 5,766 pintu atau penerima di kawasan DUN Kemena melibatkan 253 rumah panjang dan kampung.

Menteri Utiliti Sarawak Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, anak benih durian Mou’sang King ini akan diagihkan secara berperingkat, dengan Fasa 1 sebanyak 5,000 pokok telah diagihkan kepada 833 penerima melibatkan 34 rumah panjang.

Dr Stephen Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena menambah mereka yang tidak menerima anak benih durian Mou’sang King ini atau namanya tercicir perlu memaklumkan kepada Jabatan Pertanian Sarawak.

“Mereka yang tidak menerima anak benih durian Mou’sang King pada hari ini disebabkan nama tiada dalam senarai kemungkinan tercicir perlu memaklumkan kepada Jabatan Pertanian supaya ianya dapat dimasukkan di dalam senarai berikutnya,” tambahnya.