Lian, 41, terjatuh dari bangunan tinggi sehingga menyebabkan kakinya patah. Ketika itu Lian cuba mencuri telefon bimbit di sebuah pangsapuri pada awal tahun ini.

Namun, insiden itu nampaknya tidak mematahkan semangatnya untuk terus melakukan jenayah.

Baru-baru ini rakaman CCTV menunjukkan Lian, yang memakai tongkat masuk ke sebuah kedai telefon dan cuba mencuri telefon di kedai terbabit.

Satu lagi video yang dirakam ketika dia di balai polis menunjukkan dua pegawai polis membantunya berjalan masuk ke pejabat untuk disoal siasat.

Menurut polis pada mulanya mereka tidak mengesyaki Lian yang dianggap sebagai OKU itu seorang pencuri, sehingga polis menemui banyak bukti membabitkan perbuatannya.

Lian banyak kali ditahan polis atas kesalahan mencuri.