KUCHING: Kerja pembinaan dan naik taraf beberapa projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demak Laut di Kampung Gobeilt berjalan lancar dan mengikut

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata sebanyak tiga projek RTP yang sedang dilaksanakan di Kampung Goebilit dan ia berjalan lancar dengan kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan.

“Sebanyak tiga projek RTP sedang dilaksanakan di Kampung Gobeilt antaranya pembinaan padang futsal, sistem perparitan dan naik taraf Dewan Masyarakat Kampung Goebilt.

“Dua projek RTP iaitu pembinaan padang futsal bernilai RM150,000 dan sistem perparitan bernilai RM210,000 merupakan di bawah projek RTP ADUN Demak Laut manakala naik taraf Dewan Masyarakat Kampung Goebilt di bawah Parlimen Santubong.

“Ketika ini kesemua kerja-kerja pembinaan projek RTP ini berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan agensi pelaksana,” katanya.

Tambah Dr Hazland lagi, pelaksanaan projek ini merupakan permintaan daripada penduduk kampung yang mahukan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku di kampung.

“Padang futsal yang sedang dibina ini merupakan permintaan daripada belia kampung yang mahukan sebuah padang futsal bagi tujuan rekreasi dan riadah,” katanya.

“Manakala, sistem perparitan yang dibina adalah bertujuan menyelesaikan masalah perparitan dalam mengelak banjir kilat dan naik taraf Dewan Masyarakat Kampung Goebilt untuk keselesaan penduduk,” tambahnya.