Friday, December 3, 2021

Masalah alam sekitar perlu diambil kira dalam proses pembangunan

Secara Rawak

KUCHING: Masalah alam sekitar perlu diambil kira dalam proses pembangunan sesebuah negara.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kesedaran mengenai isu alam sekitar harus dipupuk pada setiap generasi tidak kira muda ataupun tua.

Tambah beliau, semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk memastikan persekitaran bersih dapat diwarisi.

Ketua Menteri turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri kerana telah memberikan kuasa penjagaan alam sekitar kepada Kerajaan Sarawak.

“Berdasarkan kepada keputusan yang telah dipersetujui, ordinan NREB telah dipinda pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu untuk memberi kuasa kepada kita bagi memantau dan memastikan persekitaran kita dirancang dengan baik dan prosesnya dapat dilaksanakan dengan baik,” kata beliau ketika berucap pada ulang tahun ke 25 Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak semalam.

Sementara itu, Ketua Menteri sekali lagi menekankan mengenai kepentingan penggunaan teknologi dalam proses pembangunan negeri mahupun negara.

Walaubagaimanapun, katanya, teknologi yang diguna pakai perlu mempunyai ciri mesra alam untuk menjaga kelestarian alam sekitar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru