Baru-baru ini seorang lelaki menerima kejutan selepas diberitahu doktor, gejala batuk yang dihidapinya selama dua bulan lepas adalah angkara dua ekor lintah.

Lintah itu dikatakan masih hidup dan melekat di bahagian kerongkong dan hidungnya.

Selepas batuk berterusan selama dua bulan, dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dia memberitahu doktor bahawa dia muntah darah dan lendir.

Ujian imbasan CT dilakukan menunjukkan tiada apa-apa yang tidak kena.

Doktor kemudiannya melakukan ujian bronkoskopi dan menemui dua ekor lintah.

Seekor berada di dalam hidung kanannya, manakala seekor lagi di tekaknya.

Doktor kemudian mengeluarkan lintah itu yang sepanjang 10 sentimeter menggunakan penyepit kecil.

Lelaki berusia 60 tahun itu dikatakan sering bekerja di kawasan hutan dan tanpa menyedarinya mungkin terminum anak lintah itu ketika minum air sungai.

Sepanjang dua bulan berada di dalam badan lelaki itu, mereka menghisap darah lelaki itu menyebabkan badan mereka membesar.

Dia dikatakan semakin sembuh selepas insiden itu.