LEICESTERSHIRE: Perasaan bimbang pekerja penghantar makanan terhadap salah seorang pelanggannya, berjaya menyelamatkan pelanggannya itu.

Dawn Jackson dari Wiltshire Farm Foods tidak sedap hati apabila gagal menghubungi pelanggannya yang tinggal di Loughborough, Leicestershire.

Menurutnya dia menghubungi wanita berusia 70 tahun itu berkali-kali untuk menghantar makanan kepadanya, tetapi wanita itu tidak menjawab panggilannya.

Dia kemudian meminta pemandu syarikat, Lenny ke rumah wanita itu, memeriksa keadaannya. Lenny mendapati surat wanita itu banyak terkumpul di hadapan rumahnya dan tidak diambilnya.

Dia kemudian bertindak menghubungi polis.

Apabila pihak polis masuk ke rumah terbabit, rupa-rupanya wanita itu terperangkap di bilik mandinya.

Wanita tersebut memberitahu dia terperangkap di bilik mandi itu lapan hari. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma dia hanya kelaparan.

Dia memberitahu polis, dia memanaskan badannya menggunakan pemanas badan.

Mereka berjaya mengeluarkannya dari bilik mandi dan menghantarnya dengan ambulans menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.