NANTES: Baru-baru ini sebuah video menunjukkan sebatang pokok tertusuk di tengah-tengah sebuah kereta menyebabkan orang ramai yang menontonnya muncul dengan pelbagai teori.

Ramai yang berpendapat ia hasil konspirasi “teleportasi”.

Dalam video yang dirakam menggunakan telefon bimbit ini, sebatang pokok kelihatan seolah-olah terkeluar melalui bumbung kereta tersebut.

Foto ini diambil di kota Nantes, Perancis dan orang ramai yang lalu lalang di sekitarnya terkesima melihatnya.

Sehingga kini belum ada jawapan yang pasti tentang kejadian ini dan belum ada yang mengaku bertanggungjawap melakukan gimik ini.

Namun, ramai yang pasti misteri ini adalah angkara hasil tangan sekumpulan pelukis ataupun gimik seorang ahli silap mata profesional.