KUCHING: Ketua Menteri  mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada sekitar 95,000 penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

Berita itu disambut dengan gembira oleh seluruh penjawat awam terbabit.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini mengumumkan  bantuan RM500 untuk penjawat awam persekutuan.

“Sebagai menghargai sumbangan penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri ini, Kabinet Sarawak  bersetuju memberi tambahan bantuan kewangan RM500,’ kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

 Beliau mengumumkan bantuan khas itu  semasa perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Jelas beliau, bantuan khas akan dibayar pada Jun tahun depan.

“Bantuan khas ini akan dibayar pada Jun tahun depan kerana kabinet saya baharu saja menyatakan persetujuan ini,” katanya.