Sekumpulan pekerja binaan menemui sekeping surat yang diletakkan oleh pembina asal bangunan itu dan surat itu dipercayai berusia 112 tahun.

Robert Kanaby, pekerja yang ditugaskan dalam projek mengubah suai bangunan Universiti Montclair State itu memberitahu, botol serta mesej itu ditemui semasa dia mendapati ada ruang kosong di dinding itu.

Sebaik sahaja diketuk kedengaran seperti kaca pecah.

Dia dan pasukannya kemudian mengutip kaca yang pecah itu dan menemui surat yang ditulis oleh pembina asal bangunan terbabit pada 1907.

Surat itu mengesahkan dinding Dewan Kolej Universiti itu dibina oleh dua pemasang jubin dari Newark yang bernama William Hanly dan James Lennon.