KUCHING: Ketua Menteri akan mencari jalan untuk memberi bonus kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bonus berkenaan mungkin dalam bentuk insentif.

Kerajaan Sarawak bayar insentif RM500 kepada kakitangan Persekutuan yang bekerja di Sarawak yang dibayar Jun tahun depan.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di BCCK di sini sebentar tadi.

Sebagai rekod, lebih 95,000 kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak setakat ini.