KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahu pos kawalan di sempadan Sarawak dan Kalimantan sepanjang sekitar 1,000 kilometer tambah supaya  seimbang.

Ini memandangkan  Indonesia akan memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan Timur di Kepulauan Borneo.

Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi baru-baru ini mengumumkan akan memindahkan ibu kota negara 270 juta jiwa itu ke Kalimantan Timur.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, berkata, sempadan Sarawak-Kalimantan  memerlukan pos kawalan yang banyak.

Beliau mengakui setakat ini, kawalan keselamatan di sempadan adalah terkawal.

Namun, katanya, kita perlu sentiasa berwaspada dan meningkatkan hubungan dua hala dengan Indonesia supaya lebih rapat.

“Jika ada masalah kita dapat sentiasa berhubungan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Hari Bersama Media anjuran Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Kem Muara Tuang di sini, hari ini.

Jelasnya, setakat ini terdapat  11 pos kawalan di Sarawak.

Jelasnya lagi, ATM telah mencadangkan supaya dibina 20 lagi pos kawalan tambahan.