Di ambang persidangan kongres PKR kali ke-14 wujudlah pihak yang ingin menghuru-harakan keadaan.

Sidang media oleh Muhammad Yusuff Rawther yang didorongi Badrul Hisham Shaharin @Chegubard adalah satu usaha yang lemah untuk mencemarkan imej parti oleh seorang bekas ahli yang meroyan kerana tidak diendahkan.

Sebelum ini keahlian seumur hidup Chegubard telah ditarik semula pada tiga tahun lepas kerana menjejaskan imej parti dan memecahbelahkan ahli parti kerana mendakwa salah laku dalam pentadbiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR dalam kontrovesi pelengkungan semula tanah lahan basah Paya Indah yang dikaitkan dengan sebuah pemaju terkemuka.

Kini beliau telah bekerjasama dengan Yusuff, seorang bekas penyelidik sukarelawan di pejabat DSAI yang telah dipecat kerana masalah disiplin. Yusuff adalah cucu kepada allahyarham SM Mohamed Idris kenalan rapat DSAI.

Inilah contoh manusia hina yang tidak kenal erti budi dan sanggup dipergunakan demi agenda tersendiri.

Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak
Setiausaha Politik kepada
Dato’ Seri Anwar Ibrahim