KUALA LUMPUR: “Anda mahu saya jadi PM di usia 100 tahun?” 

Itulah kenyataan sinis Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada media, hari ini.

Kerajaan hari ini membentangkan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2019 berkaitan perjawatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri,  menjawab demikian ketika diminta mengulas perkara tersebut dalam sidang media di Parlimen hanya menjawab ringkas.

“Saya sudah 94 tahun. Anda mahu saya jadi PM di usia 100 tahun?” katanya ringkas.

Berdasarkan kenyataan atau soalan retorik itu jelas Tun Mahathir bagai menghantar mesej bahawa beliau tidak bercadang memegang  jawatan itu sehingga berusia sekurun.

Sebelum PRU-14, PH bersetuju beliau menerajui pemerintahan selama dua tahun jika pakatan itu menang.

Usul untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal itu dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong di hadapan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof di Dewan Rakyat hari ini.

“Bacaan kali kedua dan ketiga adalah pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-14,” katanya.