Wednesday, August 17, 2022

Tubuh pekerja ladang berkecai dibaham buaya di Miri

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun maut dibaham buaya ketika sedang mencari kangkung di kawasan sebuah parit di Ladang Tanjung Payung, di sini sehingga tubuhnya berkecai.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila kaki, tangan dan punggungnya bercerai daripada tubuhnya.

Kejadian tersebut  yang turut disaksikan rakan mangsa berlaku Isnin lalu berhampiran Ladang Tradewinds, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu sekitar jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah yang mengesahkan kejadian itu berkata, usaha mencari dan menyelamat warga dilakukan pekerja ladang lain sejurus menyedari kejadian itu.

“Ketika kejadian mangsa dan rakannya sedang mencari sayur kangkung di kawasan parit di ladang tempatnya bekerja,” kata beliau.

Menurutnya, separuh badan yang dipercayai milik mangsa telah dijumpai salah seorang pekerja ladang pada kira-kira jam 11.57 pagi Selasa.

“Antara yang ditemui ialah bahagian keratan tangan kanan, bahagian punggung dan potongan sebelah kaki kiri hingga punggung,” katanya. 

“Ia ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian berdekatan Sungai Telong,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru