Thursday, June 30, 2022

Projek Jambatan Batang Lupar bakal beri impak positif

Secara Rawak

SRI AMAN: Projek Jambatan Batang Lupar dan Jalan Lingga-Sebuyau yang akan dibina diyakini memberi impak positif kepada rakyat negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lingga, Simoi Peri berkata, pembangunan yang dibawa oleh kerajaan negeri itu merupakan antara usah dalam merapatkan kemajuan di kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau berkata demikian semasa Ceramah Perdana Semoena Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Bandar Sri Aman pada Isnin.

Simoi menambah, antara kawasan yang bakal menerima impak langsung daripada pembangunan jambatan itu kelak ialah Kabong, Saratok, Lingga dan kawasan lain.

Sementara itu, beliau  merakamkan penghargaan kepada semua umat dan penceramah jemputan Ustaz Don Banial Haji Don Biyajid di atas kesudian hadir ke Masjid Bandar Sri Aman.

Katanya, program keagamaan yang diadakan itu adalah untuk mengimarahkan masjid di Sri Aman bersempena Sambutan Maulidur Rasul.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru