MIRI: Gejala penagihan dadah kini menular dan menyasarkan penduduk-penduduk di kawasan luar bandar sebagai modus operandinya.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Hajah Rosey binti Hj Yunus berkata keadaan ini disebabkan penduduk di luar bandar bersih dan mudah menjadi mangsa.

“Di kawasan luar bandar orangnya bersih. Sebab itu, tempatnya menjadi sasaran penjualan dadah.

“Jadi, kita yang di kampung menjadi mangsanya.

“Inilah yang menyebabkan belia ketagih apabila mencuba dan mencuba lagi sampai jadi ketagih. Kalau sudah ketagih, kita tidak tahu ke mana tuju lagi,” katanya.

Belia berkata demikian semasa berucap dalam Program Rintis Intervensi Sosial Dalam Komuniti Kenali Anak Kita di Balai Raya Kampung Masjid Tiris pada Sabtu.

Justeru, penganjuran program ini oleh awatankuasa Penyalahgunaan Dadah dan Substance Dalam Komuniti dan Keluarga di bawah One Stop Comitte Menangani Isu Dadah Subis (OSC MIDDlS) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPSS) perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membanteras penyalahgunaan dan ketagihan dadah.

Seramai 233 orang penduduk dari Kampung Tiris, Pintasan, Masjid Tiris, Sebalik, Lubuk Buinih, Tunah, Rumah Albion dan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Beliau Ahad dan SMK Bekenu telah mengambil bahagian.

Tambah Hajah Rosey lagi, sejak akhir-akhir ini gejala penagihan dadah di kawasan Daerah Subis sangat membimbangkan dan ianya perlu dibanteras dengan kerjasama semua pihak.

“Masa inilah masa kita bertanya. Sebab akhir-akhir itu kita di kawasan kita memang dilanda masalah dadah.

“Di mana-mana sahaja di kampung dan di rumah panjang. Masalah ini menular,” tambahnya.

Ibu bapa yang anaknya terjebak dengan masalah dadah ini perlu menyerahkan anaknya ke pusat pemulihan dadah dan melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya.