Sunday, June 26, 2022

UPSR: Dua murid SK KG Tellian perolehi 6A

Secara Rawak

MUKAH: Dua orang murid SK Kampung Tellian memperolehi keputusan cemerlang lulus penuh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019, iaitu adik Gwen Calleigh binti James dan adik Daniella Evonne Tan.

Seramai 43 orang murid SK Kampung Tellian Mukah yang menduduki UPSR 2019 yang telah diadakan pada 4 hingga 12 September yang lalu.

Menurut Guru Besar, Syazana Abdullah @ Rupina binti Tambi, pencapaian tersebut merupakan usaha yang padu daripada semua pihak terutama barisan guru yang dedikasi dan kerjasama ibubapa serta seluruh warga sekolah yang sentiasa menyokong pelaksanaan program sekolah.

Manakala, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), James Anthony pula merakam apresiasi kepada seluruh warga sekolah yang sentiasa berkorban masa dan tenaga untuk mempastikan pelaksanaan program “Saug Tapak Adan” Tahun 6 pada kali ini berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

“Saya amat berterima kasih kepada mantan Guru Besar, Hj Bujang Hanafi kerana telah meninggalkan jejak legasi yang cemerlang di SK Kampung Tellian ini bersama-sama dengan pasukan guru-guru, kakitangan pelaksana, ibubapa dan semua yang warga sekolah. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada penderma-penderma peruntukan wang tunai kepada PIBG sekolah ini terutama bekas-bekas pelajar yang memungkinkan pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan jayanya” tambah beliau.

Untuk rekod, SK Kampung Tellian masih menumpang bangunan di SK Mukah sejak 17 tahun yang lalu dan akan dijangka memasuki premis bangunan baharu sekolah pada Mac 2020 kelak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru