Thursday, May 19, 2022

Konvensyen PKR di Miri, jadi atau tidak?

Secara Rawak

KUCHING: “Jumpa di Konvensyen Parti Keadilan rakyat 23hb ni. Jangan percaya berita PALSU ia di batalkan,” demikian memetik kenyataan Facebook penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada status terkini.

Tambah pengumuman itu lagi: “Daftar segera (lihat ruang komen) kerana tempat sekarang hampir penuh untuk 1,000 peserta.”

Sementara, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Ken di media hari ini menegaskan Konvensyen PKR Sarawak tetap diteruskan biarpun Majlis Pimpinan Negeri mengumumkan pembatalannya.

Menurut Teo, kuasa pembatalan sebenar terletak pada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau bakal merasmikan majlis tersebut.

Konvensyen PKR dijadualkan berlangsung 23 November depan di Hotel Pullman, dijangka dihadiri lebih 1,500 delegasi.

Terdahulu, Pengerusi MPN Sarawak Baru Bian berkata, konvensyen tersebut dibatalkan dengan keputusan majoriti ahli MPN.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru