Thursday, May 19, 2022

32 pemimpin PKR Sarawak berjumpa Azmin di ibu kota

Secara Rawak

KUCHING: Di sebalik gelora dan krisis yang melanda PKR ketika ini, sebanyak 32 pemimpin PKR Sarawak semalam terbang ke ibu kota untuk mengadakan pertemuan dengan timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika ini wujud dua kem utama dalam PKR, satu kem presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi kem Azmin.

Perbalahan dan intrig antara kedua-duanya sudah sekian lama terdedah kepada umum.
Pada malam Isnin 22 ahli parlimen mengadakan majlis makan malam dengan Azmin sehingga mencetuskan kontroversi. Anwar mahu beliau menjelaskan perkara itu dalam mesyuarat biro politik malam tadi. Tetapi Azmin tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Kem Azmin pula mahu konvensyen PKR di Miri 23 November ini dibatalkan manakala kem Anwar mahu ia diteruskan.

Sementara itu, sumber memberitahu rombongan yang berjumpa Azmin semalam diketuai MPN Negeri Baru Bian yang juga Menteri Kerja Raya.

Pemimpin berkenaan mahu parti dikemblaikan kepada keadaan asal, termasuk melaksanakan autonomi seperti dipersetujui.

Ketika ini difahamkan terdapat 20,000 ahli PKR di Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru