KUALA LUMPUR: Projek kereta terbang disifatkan sebagai “idea sampah” oleh salah seorang pemimpin Bersatu.

Idea tentang kereta terbang itu dikemukakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat pertama kali, Khamis ini di Subang.

Menteri itu difahamkan akan melakukan sendiri pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

Kereta terbang itu dikenali sebagai ‘Vector’ ialah dron yang dikuasakan oleh empat motor menggunakan bateri litium-ion dan boleh menampung beban antara 150 hingga 200 kilogram.

Ketua Biro Polisi dan Strategi PPBM Dr Rais Hussin berkata perhatian sewajarnya diberikan kepada isu yang sepatutnya.

“Saya setuju perhatian patut diberikan kepada manifesto. Namun, ingin saya tekankan di sini, saya masih pertahankan manifesto yang ditawarkan,’ katanya seperti dipetik Astro Awani.

“Saya percaya Pakatan Harapan juga sama. Kita berusaha sehabis baik untuk mencapai apa yang tertera dalam manifesto,” tegasnya.

Rais berkata demikian sebagai respons kepada hujah daripada Ketua Pemuda MCA Nicole Wong tentang kelewatan Pakatan Harapan bukan sahaja dalam menunaikan manifesto yang ditawarkan tetapi juga membuat cadangan baharu yang tidak diperlukan.

Kegagalan PH menunaikan janji dipercayai antara faktor calonnya di Parlimen

Tanjung Piai tewas dalam PRK  pada Sabtu lalu.