MUKAH: Kepada mereka yang berminat untuk menghasilkan produk makanan berasaskan sagu, anda berpeluang mengikuti kursus berkenaan untuk mendedahkan ilmu dan kemahiran berkaitan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsacdan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak akan mengadakan kursus berkenaan di Dewan Kampung Tellian Tengah di sini pada Rabu depan.

Kursus itu diadakan dengan kerjasama  Majlis Usahawan Bahagian Mukah dan Craun Research Sdn Bhd.

“Tujuan program ini adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada usahawan dan bakal usahawan dalam penghasilan produk berasaskan sagu bagi menggalakkan mereka untuk  menceburkan diri dalam bidang keusahawanan,” kata surat tawaran kepada mereka yang berkenaan.

Permohonan untuk menyertai kursus boleh dikemukakan kepada nisataher@gov.my selewat-lewatnya pada Jumaat ini.

Mukah dan kawasan sekitarnya terkenal dengan rumbia dan produk makanan berasaskan tepung rumbia.