KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang menang dalam PRK Tanjung Piai tidak menunggu lama untuk menjalankan tugasnya selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat semalam.

Apabila masuk sahaja ke parlimen, Jeck Seng terus merebut  peluang dengan mengemukakan soalan sukar kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin.

Menteri berkata, kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk negara yang mempunyai 32 juta penduduk yang perlu makan tiga kali sehari.

Namun, jawapan Tze Tzin itu tidak disenangi Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS-Santubong) yang mahu timbalan menteri berkenaan memberi jawapan berasaskan fakta lebih konkrit.

Beliau mengemukakan soalan atau soalan tambahan kepada  timbalan menteri tentang kesengsaraan nelayan di Kukup dan isu keselamatan makanan

“Hari ini merupakan hari pertama datang ke parlimen menjalankan tugas dan janji sepanjang tempoh PRK Tanjung Piai akan saya lunaskan dan hari ini dua pusat khidmat saya telah dimulakan satu di Pekan Nenas dan satu lagi di Pontian,” katanya di lobi Parlimen.

Katanya lagi, beliau akan memastikan masalah-masalah utama akan diberi perhatian termasuklah memastikan supaya kerajaan mengambil peduli dan menyelesaikannnya.

Anggota Parlimen blok pembangkang di Parlimen bertambah apabila, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat  selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Jeck Seng memperoleh undi dengan majoriti sebanyak 15,086 undi berbanding lima yang lain iaitu Karmaine Sardini dari PH-PPBM memperolehi 10,380 undi; Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 undi dan Berjasa Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz 850 undi, manakala dua calon Bebas iaitu Dr Ang Chuan Lok mendapat 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar 32 undi.