SRI AMAN: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu memahami dasar-dasar kerajaan negeri sebelum menyampaikannya kepada masyarakat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, penyaluran maklumat yang tepat penting supaya penduduk kampung memahami agenda serta pembangunan yang dibawa Kerajaan Negeri.

Jelasnya, ketepatan maklumat yang disalurkan secara tidak langsung mengurangkan salah faham dan meningkatkan persefahaman antara jentera Kerajaan Sarawak dengan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Dialog Persatuan Ketua Masyarakat Bukit Begunan, pada Isnin.

Jelas Mong lagi, kerjasama erat antara KMKK dan JKKK selain penglibatan dengan agensi kerajaan negeri penting dalam memastikan kampung mereka menerima pembangunan secara konsisten.

Sementara itu, beliau memberitahu, KMKK dan JKKK juga seharusnya melaporkan setiap aktiviti mereka ke Pejabat Daerah sekurang-kurangnya dua kali setahun