KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan dua buah hospital antaranbangsa baru akan dbina di Kuching dimana ia akan memenuhi sektor pelancongan kesihatan atau ‘health tourism’.

Menurut beliau, pihak Unit Perancang Negeri Sarawak telah meluluskan pembinaan dua hospital baru tersebut.

“Bagi dua hospital antarabangsa ini, salah satunya hanya akan dijadikan hospital untuk kanser dan satu lagi untuk sakit jantung serta pelbagai penyakit baru yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pejabat baru Sarawak Multimedia Authority (SMA) di sini hari ini.

Tambahnya lagi, dua hospital ini akan dibina di Tabuan dan satu lagi di kawasan Kuching tanpa mendedahkannya dengan lebih lanjut.