GAZA: Terkini, Israel menyerang Palestin di Gaza dan membunuh lebih 35 jiwa terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.

Israel memberitahu dunia antarabangsa bahawa mereka hanya menyerang pengganas demi menghalalkan pembunuhan tragis tersebut.

Kini, Amerika Syarikat (AS) turut membuka mulut dan tiba-tiba menghalalkan semua lebih 100 pemukiman yang diduduki Yahudi secara haram di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

Sekitar 600,000 Yahudi tinggal di 140 permukiman yang dibangunkan Israel sejak ia menduduki kawasan terbabit.

AS di bawah Presiden Donald Trump tidak lagi melihat pemukiman Israel itu sebagai melanggar undang-undnag antarabangsa.

Menteri Luar AS Mike Pompeo berkata, Israel dan Palestin perlu berbuang ambil berkaitan status Tebing Barat.

Israel menyambut baik pendirian Trump yang berbeza dengan sikap bekas presiden Barack Obama.

Permukiman di Tebing Barat didirikan Israel di tanah yang didudukinya dalam perang Timur Tengah 1967.

Pendirian terkini AS berisiko terhadap kestabilan dan perdamaian global ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berpendapat AS telah membetulkan sejarah yang salah dan meminta negara lain berpendirian sama.

Lebih parah, hal ini memberi lampu hijau bagi Israel membuka lebih banyak penempatan baharu di permukiman yang tidak pernah diiktiraf oleh dunia antarabangsa sebagai milik Israel.

Mengumumkan ketika Israel menyerang Palestin sesuka hati, hal ini turut menunjukkan AS menghalalkan serangan tersebut.