MIRI: Sebuah kereta mewah seorang ahli politik di sini telah dipecah di tempat parkir kereta di sebuah hotel di sini pada malam Sabtu.

Berdasarkan imej yang dirakamkan melalui CCTV seorang lelaki memakai topi keledar merosakkan cermin keretanya sekitar jam 8.30 malam dan melarikan diri selepas melakukan kegiatan jahat itu.

Pemimpin politik berkenaan berkata dia menyedari kejadian itu sekitar jam 10.30 malam, semasa hendak pulang ke rumah selepas makan malam di restoran hotel terbabit.

“Saya memeriksa kereta dan menjumpai seketul besi pemberat seberat setengah kilogram,” katanya.

“Saya kemudiannya meminta bantuan pengawal keselamatan untuk melihat rakaman CCTV,” jelasnya.

Setakat ini motif pelaku  memecah cermin kereta Mercedes-Benz belum lagi diketahui.

Pemimpin politik PSB berusia 47 tahun itu membuat laporan polis kerana risau akan keselamatannya.