KUCHING: Seorang lelaki cedera ditikam di hadapan lobi sebuah penginapan bajet di Batu 3 pada jam 11 pagi di sini, semalam.

Sebelum kejadian mangsa dikatakan membawa dan mendaftar masuk bersama seorang wanita ke penginapan berkenaan.

Ketika mangsa keluar daripada penginapan, tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki yang mengaku sebagai teman lelaki wanita berkenaan.

Suspek menikamnya di hadapan lobi sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.