PATNA: Binod Kumar Shah membangunkan isterinya Chandra Devi yang tertidur di bilik, memberitahu bahawa isterinya itu baharu sahaja kehilangannya setelah dia kalah berjudi.

Kumar meminta isterinya agar pergi dengan lelaki mengalahkannya dalam perjudian tersebut.

Chanda Devi mengadu kepada polis, suaminya itu memukulnya kerana dia enggan pergi ketika pemenang judi itu datang menjemputnya.

Polis senior Kumar Sunny mengaku mendaftar kes tersebut dan polis mula menjalankan siasatan.

Binod Kumar Shah kehilangan isterinya karena kalah judi lalu menyerang pria yang mengalahkannya.

Dahulu pernah berlaku kes yang hampir serupa di daerah berhampiran.

Tetapi kali ini yang kalah ialah penjudi wanita.

Pemenang judi memeluk wanita berkenaan di depan khalayak sebelum membawanya ke rumah dan dia tinggal dua hari bersama lelaki tersebut.

Dia bagaimanapun diselamatkan dan dihantar semula kepada suaminya.