UTTAR PRADESH: Subhash Yadav, 42, dari Uttar Pradesh, India menemui ajalnya selepas cuba makan 50 biji telur rebus sekali gus.

Ia merupakan pertaruhan bodoh antara dia dengan rakannya.

Yadav bersama rakannya minum pagi di pasar Bibiganj di Jaunpur.

Ketika makan mereka bertengkar dan Yadav kemudiannya bertaruh 2,000 rupee (AS$28) jika dia dapat makan 50 biji telur rebus sekali gus.

Rakannya menerima pertaruhan itu dan mereka membeli 50 biji telur rebus dari peniaga di situ.

Yadav memakan satu-persatu telur itu, semuanya berjalan lancar sehingga dia mengunyah telur ke-42.

Dia tiba-tiba pengsan dan segera dikejarkan ke hospital, namun malangnya dia tidak dapat diselamatkan lagi.

Yadav disahkan meninggal dunia.

Doktor belum memastikan punca kematian, namun berpendapat kemungkinan kerana Yadav makan berlebihan.